Wednesday, July 8, 2009

Rencong Aceh

Walaupun mempunyai persamaan dengan Tumbuk Lada, tetapi perbezaan pada rekabentuk tajam pada hulu dan sarungnya.

Ianya berasal dari Aceh, Sumetera Utara. Seperti juga keris dalam negeri-negeri Melayu, Rencong Aceh merupakan sebahagian daripada pakaian adat istiadat Aceh.

Panjang bilah matanya di antara 8 1/2 inci dan sembilan inci. Lebarnya pula di antara 3/4 inci ke 1 inci. Pada bahagian tengah bilah mata Rencong diukir kalimah "Allahu Akbar" daripada perak, yang berbentuk melengkung, memanjang dari pangkal ke hujung mata rencong.
Sarungnya pula diperbuat daripada kayu teras hitam. Hulunya samada daripada kayu atau tanduk yang bengkok, pada tapak hulunya iaitu bahagian penyambungan antara mata dan hulu dimasukkan gelang tembaga. Pada hujung sarung kebiasaannya dihiaskan dengan cebisan gading dan tengah sarung pula dihiaskan dengan gelungan dawai tembaga.

Sumber: dari tulisan member Tripod

LAIN-LAIN SENJATA:

1. Tumbuk Lada
2. Sewar
4. Rencong Aceh (dipakai wanita)
5. Badik
6. Badik Tampang Teruna
7. Buku Lima

Jika ada saran-saran silakan berikan komentar di akhir posting ini, atau jika ingin berdiskusi bisa kunjungi saya di Forum Membangun Kinerja Staff.

No comments:

Post a Comment